Wahed Logo

WAHED TECHNOLOGIES SDN BHD

Penjelasan Wahed Technologies Sdn Bhd Mengenai Kenyataan SEC
Salam Sejahtera,
Pada 9 Februari 2022, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (“SEC”) menerbitkan penyelesaian antara Wahed Invest LLC ("Penasihat") dan SEC Amerika Syarikat mengenai kenyataan mengelirukan dan kegagalan pematuhan tertentu yang dilakukan oleh Penasihat antara September 2018 dan Julai 2019. Kami ingin menyatakan bahawa perkara ini hanya melibatkan Penasihat Pelaburan Wahed di Amerika Syarikat dan ianya tidak melibatkan sama sekali syarikat-syarikat Wahed yang lain seperti di Malaysia. Di dalam penyelesaian itu, Penasihat dikehendaki membayar penalti kepada SEC Amerika Syarikat, dan telah diarahkan untuk berhenti daripada melakukan sebarang pelanggaran pematuhan pada masa hadapan.
Penalti tersebut adalah penalti kawal selia dan tiada dakwaan dibuat atas sebarang kesalahan yang disengajakan mahupun mengakibatkan kerugian kepada mana-mana pelanggan.
Wahed Technologies Sdn. Bhd. (Wahed Malaysia) mempunyai penasihat Syariahnya tersendiri yang memastikan bahawa segala portfolio dan proses pelaburan yang dilakukan untuk pelanggan di Malaysia mematuhi prinsip-prinsip Syariah.
Wahed ditubuhkan dengan niat untuk memperkasakan individu dalam membuat pelaburan yang sejajar dengan nilai dan kepercayaan mereka. Sejak 2016, kami telah memulakan perjalanan untuk menjadikan pelaburan digital dan halal, mudah diakses oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira dimana jua. Wahed kini melayani lebih 200,000 pelanggan di Amerika Syarikat, UK & Malaysia. Kami berharap dengan sokongan anda, kami dapat terus meningkatkan kualiti perkhidmatan serta meluaskan jangkauan perkhidmatan kami ke lebih banyak negara dan komuniti yang boleh mendapat manfaat daripada platform pelaburan digital kami.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi kami di malaysiasupport@wahedinvest.com atau +6016 299 1615.
Sekian dan terima kasih.

Syakir HashimWahed Technologies Sdn Bhd

CONTACT US

STAY CONNECTED

malaysiasupport@wahedinvest.com

B-5-8 Plaza Mont Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Disclaimer: Wahed Technologies Sdn Bhd.("Wahed") is licensed by the Securities Commission of Malaysia as a Digital Investment Management (DIM) company. Wahed is authorised to carry on the business of fund management incorporating innovative technologies into automated discretionary portfolio management services offered to clients under a license issued pursuant to Schedule 2 of the Capital Markets Services Act 2007.
All investing involves risk, including the possible loss of money you invest, and past performance does not guarantee future performance. Historical returns, expected returns, and probability projections are provided for informational and illustrative purposes, and may not reflect actual future performance. Wahed assumes no responsibility for liability for your trading and investment results. It should not be assumed that the methods, techniques, or indicators presented in these products will be profitable, or that they will not result in losses. Past results of any trading system published by Wahed, through the Website or otherwise, are not indicative of future returns by that system, and are not indicative of future returns which will be realized by you.
© 2021 Wahed Invest | All rights reserved.